Menjelang mesyuarat majlis tertinggi (MT) UMNO, timbul persoalan haruskah MT bersikap rasional dalam membuat keputusan mengenai hubungan parti itu bersama Perikatan Nasional (PN).<br />Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Zantapha Zainal Abidin menegaskan, MT dari dulu secara tradisinya membuat segala keputusan berhubung parti dan tidak timbul soal rasional terhadap keputusan dibuat.
